Home       About Me       FAQs      Forum       Herbalife website

Akan bercuti selama 2 minggu

Dah lama tak menulis dalam blog disebabkan kesibukan tahap melampau, dengan kerja sepenuh masa dan separuh masa, dan kerja-kerja di rumah sebagai isteri dan ibu.

Diet tak menentu, workout tak jalan. Boleh dikatakan semuanya berterabur. Walau bagaimanapun urusan-urusan Herbalife masih diteruskan seperti biasa. Nak timbang berat tak berani, tapi masih maintain saiz dan kecantikan hehehe.

Cuma nak maklumkan di sini yang saya akan berada di luar kawasan/ unreacheable dari tarikh 20 November 2009 hingga 3 Disember 2009. Kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk tempahan/pertanyaan mengenai Herbalife bolehlah dibuat sebelum/selepas tarikh tersebut.

Nanti saya akan postkan phone number dan email untuk dihubungi pada masa ketiadaan saya itu. Kesibukan yang melampau ni pun adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh urusan selama 2 minggu itu. Tunggu saya kembali nanti dgn post yg lebih kerap, dan lebih menarik. Insya-Allah.

Doakan saya selamat pergi dan kembali ye :D

0 komen  

A new mision

Sempena dah berakhirnya Syawal, aku dah berazam misi untuk turunkan balik berat dengan Herbalife dan diet yang seimbang. Antara cara-cara yang aku dah mula amalkan:-

1. Keep a food diary
2. Workout
3. Weigh in constantly

So far, dua-dua ni dah mula, cuma yang nombor 3 belum lagi.Tak ada masa lagi nak pergi beli. InsyaAllah dalam minggu ni juga aku akan dptkan weigh scale untuk diri sendiri, sambil nak cari dumbell untuk workout excersizes.

About the food diary, aku dah baca banyak artikel dan aku rasa dah tiba masanya aku sediakan food diary untuk diri sendiri. Nanti aku akan letakkan kenapa food diary ni penting dan sangat membantu kepada orang yang nak turunkan berat.Tunggu ye.

Actually sebelum ni agak malu nak post apa yang aku makan sebab sebagai isteri mithali, dan ibu yang penyayang, aku selalunya akan menipu diri sendiri dengan menyuap makanan yang tak sepatutnya ke dalam mulut ini, sewaktu memasak, menghidang dan menyuap anak-anak. Aku takut amalan yang salah ni jadi ikutan pulak kepada orang-orang lain yang baru nak mula diet. Nanti orang kata aku ni, Cakap tak serupa bikin pulak.

Jadi, sebagai peringatan kepada sesiapa yang nak mula diet, especially dengan Herbalife, saya boleh bagi panduan paling baik untuk diikuti. Just email me and ask. Jangan tiru 100% makanan/minuman yg saya ambil dalam Food Journal saya sebab terus terang menu saya memang tak perfect. Lagipun, saya dah berjaya turunkan berat badan lebih 20kg. Misi saya sekarang untuk maintain sambil cuba turun ke berat ideal iaitu 68kg.Saya dah puas kawal makan pada setahun yang lalu oleh itu, kalau nak jadi macam saya skrg, banyak yang kena sacrifise ye.


Ok, so far, inilah apa yang aku tulis dalam diary aku. Setelah aku dah tulis menu untuk 3 hari ni, aku sedar, aku ni memang banyak beralasan. Bila nak makan lebih, ada je alasan yg bagi kepada diri sendiri. Very bad attitude ni. So, cuba baca dan komen ye:-

20 October 2009

Plain water - every time after bangun dari tidur( all the time, anytime, anywhere)

Breakfast @ 9.30am-4 f1 + 400ml plain water

11am- hershey kisses 2 pieces

Lunch @1.30pm @ Bayroute
nasi separuh
ikan keli bakar 1 ekor sederhana
ulam kacang botol, timun
sambal kicap
isi ikan tenggiri ratah dari pinggan org lain huhu
air limau suam
air suam

2:30
teamix

4:15 biskut lexus choc cream munchy's - 1 peket- 2 keping

7:00 4 biskut mazola

Dinner @8:30 - 4 btg steamboat
4 keping putu mayam
- habiskan nasi lemak afrina -BAD
- nasi separuh mangkuk, kacang, ikan bilis, telur, sambal, paru
Makanan beli pasar malam since hari ni tak de air kat rumah. Pukul 11 mlm baru ada air.

21 October 2009

6:10am
teamix 200ml
workout 20mins- JM Level1

breakfast @7:45
4F1+2F3+400ml air

snack@10am
1pack IKO biscuit
teamix

1000ml plain water

Lunch@1pm @ Permatang Badak
nasi separuh
ikan kembung bakar 1 ekor
sayur labu air
sambal belacan sikit je

teamix n plain water

4pm
1pc coklat daim
3pcs hershey kisses
plain water

6.30pm
3pieces toblerone

8:30 mlm
sup sayur - beli dari kedai, tak memasak sebab rumah tak ada air.
Ratah isi ayam dalam mee goreng untuk Afrina.
Tak amik teamix malam ni sebab malas nak berulang ke toilet dgn stok air yang terhad ni.

22 Oct 2009

Since hari ni air tak ada kat rumah, aku tak workout pagi tadi. Kena mandi ala kadar ajelah katakan. Harap-harap balik petang ni air dah ada, dan dpt buat gardening sikit ke bagi keluar peluh.

Breakfast @8:30am
1 pinggan keutiau
teh tarik
- Since hubby ajak pergi breakfast, kenalah makan. Tak makan rugi pulak huhuhu

teamix
11am-1pc choc daim

Lunch@1:15pm
4f1+ 2f3+ 400ml air
Nasib baik hari ni kawan-kawan semua cuti, so bolehlah amik shake aje for lunch. Kalau tidak, wajib pergi lunch.Ish ish, bila nak insaf ni. Dulu boleh aje amik shake waktu lunch.

Perasan tak aku banyak amik Hershey Kisses dan choc Daim.Oh ni semua dapat dari kiriman dengan kawan opis yg baru balik trip ke Langkawi. Chocolate temptations are too hard to resist. Sikit-sikit tak ape kot hehe.

Alamak, hubby baru call katanya macam lama je lagi nak ada air sebab ada problem kat empangan. Siap ada tempat, ada lori tlg hantar air. Ish susahlah macam ni. Nampaknya kena menumpang rumah kakak iparle kalau air masih tak ada. Penat dah nak makan luar ni. Harap-harap mission berjaya diteruskan.

Ok, nanti aku sambung my food journal dlm next post ye.

0 komen  

Testimoni Raya

Dah lama sebenarnya aku nak postkan gambar kawanku yang seorang ni. Dia pun memang suka sangat bila cerita pasal weight loss dia. Kalau perasan, dia memang rajin bagi komen dan banyak membantu aku dalam hal-hal berkaitan blog especially untuk blog meandherbalife ni le. Almaklumle, dia kan sifu dalam bidang ni.

Kalau nak kenal, nama nya Imran Abdul Jabar. Dia ni pengasas website sifoo.com tu. Dia pun ada blog sendiri, cuma tak pasti samada masih aktif ataupun tidak.

Aku sebenarnya betul-betul salute dengan dia, sebab dia memang dah lama berminat untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan. Bukan senang nak cari orang lelaki yang berminat dengan kesihatan. Katanya, dulu dia sanggup berulang alik ke Carrefour semata-mata nak beli salad untuk turunkan berat. Dah puaslah dia mencuba macam-macam menu untuk kawal berat badan dia sehinggalah aku kenalkan dia dengan Herbalife. Alhamdulillah, disebabkan kesungguhan dia untuk mencuba, sekarang ni dia dah berjaya menurunkan berat dengan banyak.

Terbaru aku diberitahu sebelum Raya tu, berat dia dah turun kepada 95kg. Sebelum ni, berat dia pernah mencecah kepada 115kg. Bayangkan boleh turun dalam 20kg tu! Dulu saiz jeans yang dia pakai 42, sekarang ni saiz 36 pun dah boleh masuk.

Ha...teruja kan dengan perubahan dia? Aku lagile excited untuk dia. Dia pun cerita yang tahun ni syok betul shopping untuk raya sebab boleh cuba banyak baju, dan saiznya ada di kedai. Kalau dulu semuanya kena custom made je.

Buat masa ni dia dah stop dgn HL sekejap tapi masih teruskan dengan kawal pemakanan dan excersize. Harapan dia ialah untuk cecah 80kg, walaupun masa aku kenal dia dulu lepas sekolah, dia memang sgt kurus iaitu dlm 70kg je beratnya. InsyaAllah, aku harap dia berjaya.

Okay, ni gambar raya dia tahun lepas bersama isteri dan anak-anak.



Dan ini gambar raya Imran, Ajie dan anak-anak pada Raya tahun ni. Ketara perbezaannnya kan?


Kalau nak tengok gambar dia yang lain-lain kena add facebook dia ye.


Special note to Imran: Thanks a lot sebab sudi kongsi testimoni untuk blog aku, and thanks a lot for all your help. All the best!

3 komen  

Balik dari cuti

Hari ni dah mula bekerja. Selama cuti beraya, selama tu jugakle aku offline dari cyber world ni. Balik cuti ni banyaklah emails kena reply, dan order kena diuruskan. Minta maaf banyak-banyak kepada yang mendapat jawapan lambat sikit melalui email ye. Nak buat macamana sebab sepanjang cuti tu balik beraya di luar, kemudahan untuk online ni payah sikit.

Anyway, hari ni dah mula bekerja walaupun mood raya masih tinggi.Perut pun kenyang aje ye sepanjang cuti. Hmm...berapa agaknya berat sekarang ye? Ada tak yang dah naik secara drastik selepas turun dengan banyak masa puasa hari tu?

Bagi aku sendiri, last aku timbang before raya is 72kg. Actually aku pernah dpt berat ni cuba atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (hehehe) beratku naik sikit kepada 74kg. Nampaknya masa puasa turun semula kepada 72kg. Ni lepas 9 hari Raya, tak taulah pulak berat sekarang. Kena pergi timbang cepat2 ni.

Tapi atas keinsafan setelah seminggu makan dan makan, hari ni aku dah start puasa untuk ganti dan InsyaAllah sempat untuk habiskan puasa enam. Buat masa ni kena ganti dulu 5 hari. Kalau sempat puasa lagi 6 hari untuk sunat Syawal. kalau tahun-tahun sebelum ni, asyik ganti hujung-hujung dah nak masuk Ramadhan akan datang baru nak buat. Apatah lagi puasa sunat 6. Tahun ni harap-harap dapat buat pembaharuan. InsyaAllah nak cuba puasa setiap Isnin dan Khamis.

Cerita pasal raya pulak, semuanya dah semangat posting gambar raya di FB, blog dll. Malangnya tahun ni aku belum ada gambar Raya lagi. Oleh kerana anak-anak ku tidak sihat sepanjang sebelum dan hingga hari kedua Raya, gambar pun tak sempat ambil. Diorang pakai baju raya pun asyik berbaring je. Pastu habis kena muntah, termasuk baju yang aku baru pakai beberapa jam sahaja. Diorang kena cirit birit dan muntah-muntah dalam masa 3 hari tu. Sedih tengok diorang. Dan sedih juga bila pagi-pagi raya aku kena sibukkan diri basuh cadar sebab kena muntah huhu.

Oklah, enough of the bad stories. Aku dengar ramai yang bangga raya ni sebab dapat pujian bila dah berwajah, dan berbentuk badan baru. Tengok gambar raya masing-masing pun berseri-seri je. Aku pun akan postkan testimoni seorang daripada kawan aku yg sangat gembira sambut raya tahun ni. Tunggu next entry ya!

Yelah, kadang-kadang kita ni dengan sesetengah orang, hari raya jelah baru sempat jumpa. Bila tahun lepas jumpa macam lain, tahun ni pulak dia nampak kita dah semakin kurus, mesti diorang pun tak sabar-sabar nak tau rahsia kan? Seronok pulak bila kena puji hehe.

Tapi jaga-jaga ye! Syawal masih baru. Masih banyak lagi open house kena pergi, dan jemputan kenduri kahwin pun banyak. So far in my calendar, every week dapat makan nasik minyak. Nampaknya masa weekdays kena diet betul-betul supaya masa weekend boleh pulun sakan lauk kenduri kahwin dan open house, kan? Oklah tu sementara Syawal ni. Habis Raya nanti kena turun dan turun lagi dan maintainnnn.

0 komen  

Cuti Hari Raya

Herbalife dah keluarkan announcement hari tutup operasi sempena Hari Raya ini di http://www.herbalifeww.com/my/pdf/News_More_Info_Items/Public_Holiday_SEPT_2009_KL.pdf

Secara ringkasnya, pusat Herbalife akan ditutup di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu akan ditutup pada hari Isnin, 21 Sept dan Selasa, 22 Sept 2009.

Untu tempahan pesanan pula, bagi Wilayah Persekutuan & Selangor sahaja:-

Bagi pesanan yang dibuat pada 17hb September, Khamis sebelum jam 2.00pm,
anda akan menerima barangan pada 23hb September selepas Hari Raya.

Kawasan-kawasan lain :
Bagi pesanan yang dibuat pada 16hb September, Rabu sebelum jam 2.00pm, anda
akan menerima barang pesanan pada 23hb September selepas Hari Raya.

Jadi kepada ahli-ahli ku tersayang yang ingin mengambil peluang membuat tempahan sempena Promosi Duit Raya minggu ni, sila pastikan tarikh penghantaran yang sesuai ye. Takut courier nak hantar, tak ada orang pulak di alamat tu.

Untuk diriku sendiri, Khamis dah mula tutup ofis, bermaknanya Khamislah aku mula cuti. Tapi aku akan masih available online sementara masih di rumah untuk operasi pembersihan dan mencantikkan rumah. InsyaAllah hari Jumaat atau Sabtu akan bergerak ke kampung suamiku di Jerantut, sebelum balik beraya di Bukit Beruntung selepas tu huhuhu. Hmmm...tak taule samada sempat ber'online' masa cuti raya nanti.InsyaAllah sms akan cuba dijawab all the time.

Oh, ini bukan entry terakhir before cuti raya so tak nak le wish Hari Raya lagi. Tunggu post yang lain pulak.

Selamat Berbuka!

1 komen