Sila klik di sini untuk post terkini

Mar 2, 2009

Diet sendiri atau dengan Herbalife?

Selepas tak sampai 3 bulan aku guna Herbalife ni, Alhamdulillah, resultnya sungguh baik. Sambil guna untuk diri sendiri, aku pun dah ambil inisiatif untuk promote produk ni pada orang lain.
Tapi sejak kebelakangan ni, aku selalu dapat komen daripada orang mengenai Herbalife ni. Oleh kerana aku ni agak sensitif juga orangnya (hehe), kadang-kadang komen-komen tu ada jugalah yang menusuk ke dalam hati. Tapi, biasanya aku diamkan saja.
Komen yang aku maksudkan ialah mengenai keberkesanan Herbalife. Ramai yang berminat nak guna, tapi ramai juga yang komen, kenapa perlu ambil Herbalife?
Ada yang cakap, cubalah diet sendiri, kurangkan karbohidrat intake, pilih makanan yang low kalori, pergi gym atau excersize. Mesti boleh kurus punya. Kenapa nak bergantung kepada supplement untuk kurus?
Bagi aku, pilihan di tangan masing-masing. Kalau orang lain boleh kurangkan berat badan dengan diet sendiri, teruskanlah. Sebab aku pernah cuba, tapi tak berjaya.
Kalau orang lain ada masa untuk pergi gym, atau pergi jogging tiap-tiap petang, baguslah. Aku, minta maaf, tak cukup masa untuk itu. Masa aku sama ada di ofis atau menguruskan keluarga di rumah. Riadah aku, adalah bawa anak-anak berjalan-jalan di shopping mall, atau berkelah di pantai, atau mandi di sungai, atau bawak anak-anak main di taman permainan. Manalah ada masa untuk ke gym atau excersize.
Nak control makan? Jangan makan nasi? Kelaparanlah aku jawabnya. Nak ganti dengan apa? Nak makan salad? Takkanlah nak ulang-alik pergi ke Carrefour tu beli salad? Habis tu masa kat ofis nak makan apa? Pilihan makanan yang ada hanyalah nasi, mi, bihun dan lauk-pauk yang bergoreng dan berlemak. Kalau tak ambik nasik pun, nak ratah lauk pun kena fikir 10x lauk mana yang berkhasiat.
Jadi, sebab itulah aku pilih Herbalife. Selain drpd memang aku dah dpt result yang baik, Herbalife ni memang menyenangkan hidup aku. Minum pagi dah tak payah fikir nak makan apa. Tengahari pun boleh minum shake sambil buat kerja/jawab email/ tulis blog.
Preparation time? Ya Allah...sekejap sangat. Terus dapat makan shake yang memang penuh dengan khasiat penting untuk badan.
Excersize? Tak pernah lagi pergi gym ke, joging ke. Kdg2 je buat simple excersize sikit2 lepas Subuh. Kalau aku lebihkan lagi excersize, mesti lagi cepat effect dia. Especially kat bahagian perut ni.
So, bila orang tanya, sampai bila aku nak guna Herbalife ni? Aku rasa maybe cuba sampai bila-bila kot. At least untuk breakfast je kalau berat badan dah ideal, dan untuk maintain kesihatan. Apa salahnya kalau teruskan aje sebagai menu breakfast daripada susah2 nak fikir nak amik apa untuk breakfast. Sebab sekali sehari amik Herbalife pun dah cukup untuk kesihatan kita.
Sekarang ni mesti orang fikir, betapa kuatnya aku promote Herbalife ni. Sebenarnya bukan niat nak promote sangat, tapi lebih kepada sharing. Aku nak share pengalaman aku, kesan-kesan yang aku alami, dan kalau boleh aku nak orang lain pun rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Jadi kebanyakan benda yang aku cakap sekarang pun memang berkisar kepada kesihatan dan Herbalife.
Jadi, pendapat aku, pada sesiapa yang rasa dia tak perlu supplement untuk diet, baguslah. Boleh teruskan kalau betul-betul mendatangkan hasil yang diinginkan. Tetapi kepada sesiapa yang rasa perlukan sesuatu untuk bantu uruskan berat badan dan kesihatan, bolehlah cuba Herbalife.

4 comments:

anisz said...

yeahhhh yeahhh... saya sangat setuju 100%
paling best nyer... tak payah nak pk nak makan makanan berkhasiat apa pagi ni ye,mlm ni nk dinner apa ye.. healthy food sangat susah nak dpt especially time2 kite keje kan,time2 kite terkejar2..

ainnafarhana said...

salam kak aziera...

nama saya ainna...sebenarnya dah lama saya ikut blog nih....tapi just skodeng2 ajer...hehehhe...jangan marah yek..best sangat dapat baca blog nih...banyak info pasal herbalife..ok,buhbye...saya nak terus skodeng...

Aziera Yazid said...

anisz,

Ye betul tu.

ainnafarhana,

Terima kasih kerana sudi sekodeng blog akak ni hehe. Dah noticed awak ada dalam forum.
Selamat berkenalan.

sueabubakar said...

Salam, akak.
kite setuju sangat ngn akak, setiap orang ade diet tersndiri :D

mekaseh bg semangat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Home       Kenali saya       FAQs      Pengedar Herbalife Kuantan       Herbalife website