Sila klik di sini untuk post terkini

Jul 23, 2009

Sahur dengan Herbalife

Dalam beberapa post lepas, aku ada tulis mengenai keinginan untuk cuba berpuasa dengan hanya bersahur dengan Shake Herbalife. So, hari ni merupakan hari pertama aku puasa. Walaupun dah masuk bulan Syaaban baru nak mula, tapi aku rasa bersyukur, dapat juga aku cuba puasa hari ni. Ish, ayat macam budak yang baru nak belajar puasa pulak.

Mula-mula biar aku kasi tau dulu, aku ni kalau puasa, tak pernah tak sahur. Maknanya kalau tak sahur tu, aku tak taule samada aku larat untuk puasa atau tidak. Setengah orang steady je puasa walaupun tak sahur. Aku pulak tak boleh rasanya. So far, Alhamdulillah Allah izinkan aku untuk terjaga waktu sahur supaya aku dapat makan dan minum secukupnya untuk berpuasa. Biasanya aku akan makan nasi waktu sahur.

So pagi tadi merupakan percubaan pertama aku sahur dengan Herbalife. Sebelum ni puasle aku cari dan baca mengenai cara-cara puasa dengan Herbalife ni. Habis dah aku jenguk semua blog sifu2 HL macam Adieha, Adiwish, PFS, cikemi, Kak Wan dll. Aku pun ada masuk forum-forum yang berkaitan semata-mata nak tau macamana untuk berpuasa dengan HL.

Apa yang aku jumpa, cara-cara untuk berpuasa dan bersahur dengan HL ada banyak cara. Tapi rata-ratanya mencadangkan menu seperti berikut:-
Sahur : Shake
Berbuka : Makanan biasa
Supper : Shake (optional)

So untuk sahur, aku cuba cari samada ambil shake sahaja, atau ambil teamix sekali. Kalau ambil teamix, kena minum 1L air selepas tu. Kemudian, nak tentukan ambil teamix sebelum atau selepas shake? Kalau sebelum, kena tunggu 1/2jam minimum sebelum minum shake. Hmm..banyak pulak nak fikir.

Apa yang aku buat pagi tadi ialah,minum teamix dulu. Then minum 1L air. Lepas lebih 1/2 jam baru amik shake, masa tu dah dalam pukul 5 pagi. Aku bangun kira-kira pukul 4:15 pagi. Lepas ambil shake aku cuba habiskan 1L air lagi. Maknanya sahur tadi total air aku minum=2L. Memang kembung perut aku, dah sampai rasa macam bloated dah. Ingatkan nak amik food lain sikit sebagai tambahan shake, tapi dah tak boleh nak pandang dah makanan lain.

Lepas Subuh aku cuba untuk tidur tapi cuma lena-lena ayam orang kata. Maybe teamix tu menyebabkan aku susah tidur kot, tapi so far sampai sekarang ni badan masih rasa segar. Tekak rasa kering sikit sebab kalau hari-hari biasa memang asyik meneguk air je. Tapi dari pagi tadi asyik berulang ke toilet le. Yelah kan, stok air 2L dalam badan, so kerja membuang ajelah daripada lepas sahur sampai sekarang.

Dahle pagi ni ada sambungan lawatan daripada wakil MQA untuk melawat sekitar kolej. Penat jugaklah aku naik turun tangga dengan diorang untuk tolong explain pasal college facilities.

So far aku masih belum penat dan belum lapar atau dahaga, so untuk tahu perkembangan aku sampai berbuka nanti, tunggulah post aku selepas ni. Aku akan update perkembangan aku dari sekarang hingga berbuka. Doakan aku dapat teruskan puasa sampai waktu berbuka nanti ye.

2 comments:

ieda said...

cayuk2 teruskan ziera .. puasa itu ibadah .. mcm mana sekalipun kalau dah niat .. insyaallah kekuatan dlman itu allah berikan ..

aminnn

Sarah said...

thanks for the info. maybe i pon kene bangun 4pagi gak lah. masa sahur amek herbalife hari tu terasa bloated and susah nak pegi tandas lak. tak sempat minum air bebanyak. hari ni puasa i makan nasi and buka nak cube herbalife :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Home       Kenali saya       FAQs      Pengedar Herbalife Kuantan       Herbalife website