Sila klik di sini untuk post terkini

Apr 25, 2010

Mengawal berat badan dengan Herbalife dan bersenam

Sambungan kepada kisah saya selepas berjaya turun daripada 92kg kepada 76kg tanpa bersenam.

Bila berat dan turun dengan banyak dan bentuk badan pun dah nampak cantik, saya mula berasa sangat selesa dengan diri sendiri. Kadang-kadang saya ambil shake Herbalife untuk breakfast dan kadang-kadang tidak langsung.

Selepas berat badan saya berjaya turun kepada 74kg, saya mulai sedar perut saya masih bermasalah. Walaupun dah ambil Formula 3 dalam shake, saya merasakan bahawa saya perlukan kaedah yg lebih baik untuk mencantikkan bentuk badan saya, terutama di bahagian yg bermasalah. Saya mula belajar pergi ke kelas Pilates yang disyorkan oleh kawan sekerja.

Bagusnya kelas ni ialah kerana ia mengajar teknik pernafasan yang betul dan posisi yang betul ketika bersenam. Dalam kelas ni saya belajar cara menerima arahan yang betul drpd instructor dan kepentingan melakukan posisi yang betul bagi mendapatkan kesan yg maksimum daripada setiap gerakan yg kita lakukan. Saya berjaya pergi ke kelas ini dalam masa 2 bulan dan mengurangkan beberapa inci ukuran badan terutama di bahagian perut.

Walau bagaimanapun Pilates bukanlah merupakan sejenis senaman yang dpt mengurangkan kalori yg banyak. Ia lebih kepada membentuk badan dan memberi kebaikan kepada postur dan sistem dalaman badan kita, wanita terutamanya.

Tapi, masalah utama saya ialah masa. Nak pergi ke kelas Pilates 2 kali seminggu pun agak sukar. Saya terpaksa pergi selepas kerja dan menunggu suami tercinta menguruskan anak-anak. Nak pergi hujung minggu lagilah payahnya.

Lama-kelamaan bulan puasa pun menjelma aktiviti pilates pun terhenti. Semasa bulan puasa, dengan mengambil shake Herbalife sahaja semasa sahur, saya berjaya turun lagi sebanyak 2kg dalam masa sebulan.

Masalah timbul selepas raya, yang mana saya terus beraya sakan, cuti dari diet dan cuti dengan Herbalife. Undangan makan, majlis Hari Raya dan pilihan makanan yang tidak betul menyebabkan berat saya naik semula. Naik 4kg, double daripada yg diturunkan semasa bulan puasa. Keadaan menjadi lebih teruk semasa 2 minggu saya di UK pada Disembar tahun lalu atas urusan kerja menyebabkan cara pemakanan menjadi kucar kacir. Akhirnya berat saya bertambah lagi 2kg menjadi 78kg.

Oleh kerana risau berat akan bertukar kepada angka 80-an, saya mula tersedar dari kelekaan dan bertekad menurunkan balik berat saya. Saya mula ambil shake Herbalife 2 kali supaya berat saya dapat diturunkan semula.

Awal tahun ini merupakan masa saya berkenalan dengan senaman. Berdasarkan pengalaman dalam kelas pilates yg lalu, saya rasa saya berjaya buat home workout dengan hanya menggunakan DVD, di rumah dengan baik. Nanti saya akan ceritakan jenis-jenis video dan workout yang saya lakukan sekarang.

Sekarang ni berat saya dah menjadi 73kg. Saya rasa puas hati kerana berjaya mengawal berat badan sendiri dengan baik. I think this is what Herbalife is all about. It is to teach you on how to control yourself in making the right choice.Sebab itu saya selalu tegaskan, nak kawal berat badan sama susahnya dengan nak turunkan berat badan.

Sekarang ni saya hanya mengambil Shake Herbalife sebagai satu hidangan breakfast yang seimbang dan penuh khasiat. Saya dah boleh berhenti drpd mengambil shake Herbalife, but why should I? Ini merupakan satu supplement yang saya sediakan untuk tubuh saya.Dengan masa 5 minit sahaja setiap pagi saya dah dpt suatu hidangan breaksfast yang sihat dan seimbang, dan memberikan tenaga untuk saya meneruskan kehidupan seharian.

Dengan bersenam dapat membantu saya membentuk tubuh badan dan otot untuk mencapai bentuk badan yang menarik dan menyelesaikan masalah saya di bahagian perut. Sebab inilah mereka yang dah lama dengan Herbalife akan masukkan aktiviti bersenam dalam jadual harian kerana kami semua merasakan perjuangan untuk menjadi kurus dan fit tetap perlu diteruskan.

Jadi, jangan risau kalau anda baru nak memulakan journey dengan Herbalife. Anda tak perlu beregantung dengan produk ini untuk selama-lamanya. Ia hanya merupakan pembantu yg paling berkesan di saat ada mahu menurunkan berat yang banyak tu, dan juga membantu anda mengawal berat badan dan memilih cara yg sihat. Hanya anda sahaja yg kenal dengan keperluan diri anda sendiri. Lama-kelamaan anda akan tahu kehendak diri anda dan akan memperolehi formula sendiri untuk mengawal berat badan dan menjadi lebih sihat.

This is my formula that is to be fit and healthy. Anda pun boleh merasakan pengalaman ini. Tujuan saya hanyalah untuk memberikan panduan kepada anda cara-cara menurunkan berat badan dengan Herbalife. Once anda dah berjaya turunkan berat anda itu, anda sendiri akan tahu di mana kelemahan anda dan boleh berjaya mengawal berat badan anda sendiri nanti.

Nantikan pula cerita saya memilih workout yang terbaik untuk saya. Sementara itu, boleh hubungi saya sekiranya ingin mendapatkan panduan menurunkan berat badan dengan Herbalife.

1 comment:

az said...

saya pun sedang minum HB ...alhamdullilah memang turun..kalau buat senaman sekali pun lagi banyak berat yg turun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Home       Kenali saya       FAQs      Pengedar Herbalife Kuantan       Herbalife website