Sila klik di sini untuk post terkini

Apr 20, 2010

Panduan kepada bakal pelanggan Herbalife

Sekiranya anda sedang mencari info berkaitan Herbalife, atau baru terasa nak mencuba produk ini, kemungkinan anda telah berjumpa dengan seorang pengedar Herbalife atau baru nak mencari pengedar yang sesuai bagi mendapatkan produk ini. Untuk yang tidak tahu, Herbalife hanya dijual melalui pengedar sahaja, dan tidak dijual di kedai-kedai biasa.

Okay, kalau anda masih tidak tahu kat mana nak beli Herbalife ni, of courselah saya akan minta anda untuk email kepada saya, dan saya akan beri maklumat berkaitan produk dan harga sekali. Tapi, kalau anda rasa dah ada pengedar yang sesuai, adalah penting untuk anda mendapatkan beberapa perkara penting daripada pengedar anda, supaya anda mendapat direction yang betul dengan produk Herbalife ini.

Bukannya apa, saya dah penat jugak menjawab soalan-soalan daripada orang yg dah membeli produk ini daripada pengedar@ coach maisng-masing tapi masih lagi email kepada saya bertanyakan mengenai cara mengambil produk yang betul, harga sebenar Herbalife dan macam-macam lagi. Semua maklumat ini sebenarnya anda perlu minta atau dapatkan daripada pengedar anda sendiri. Itulah tugas dia sebagai coach anda. Kalau apa yang diberikan tidak mencukupi, atau tunjukcara pengambilan Herbalife tidak berkesan kepada anda, anda kena tanya pada dia, kenapa jadi begitu?

Oleh itu, post ini sebenarnya untuk sesiapa yang masih belum lagi membeli produk Herbalife ini, ada beberapa perkara yang anda perlu pastikan anda dapat daripada pengedar Herbalife yang sebenar:-
  1. Panduan pengambilan produk Herbalife yang betul
    - Pastikan anda betul-betul mendapat maklumat mengenai sukatan untuk Formula 1, Formula 3 dan teamix kerana ini sangat penting dan membawa kepada keberkesanan produk ini. Ramai yang tidak berjaya mendapat result yang diinginkan kerana tidak mendapat maklumat yg tepat.

  2. Senarai harga sebenar daripada Herbalife
    - Sebagai pembeli anda berhak tahu harga sebenar produk ini daripada Herbalife. Saya juga pernah mendapat email mengatakan dia telah menjadi ahli tetapi masih tidak tahu harga sebenar. Macamana tu ye?

  3. Maklumat dan faedah berkaitan keahlian Herbalife.
    - Ketika saya mula-mula membeli Herbalife dulu, saya juga tidak mendapat maklumat yg sepatutnya berkaitan keahlian. Bila ditanya, penjual Herbalife tu cuma berkata, dia tidak menawarkan keahlian untuk beli produk ini. What a waste!
    Nasib baiklah selepas itu saya berjumpa dengan Herbydiets dan mengetahui segala maklumat dan faedah menjadi ahli dengan Herbalife.
    Saya juga mendapat tahu ramai yang terpaksa beli Herbalife dengan harga retail kerana tidak mengetahui berapa banyak penjimatan yg mereka boleh dapat dengan menjadi ahli.
Biarpun anda akan membeli Herbalife daripada orang yg rapat dengan anda iaitu kawan baik, atau rakan sekerja, atau beli daripada Internet atau kiosk Herbalife di luar, pastikan anda mendapat kesemua maklumat yang anda perlukan ini. Sebagai pelanggan anda berhak mengetahui semua details yg diperlukan sebelum membayar untuk produk ini.

Sekiranya pengedar itu tidak dapat memberikan maklumat berkaitan 3 perkara di atas ini, maka there must be something wrong with the Distributor.

Maaf, post ini bukan ditujukan kepada sesiapa pun, sekadar memberi panduan berguna kepada bakal pengguna Herbalife Ini merupakan suatu perkongsian maklumat supaya kita sama-sama mendapat hasil yang terbaik dari produk yang istimewa ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Home       Kenali saya       FAQs      Pengedar Herbalife Kuantan       Herbalife website