Sila klik di sini untuk post terkini

Feb 4, 2011

Pilihan perisa shake sihat


Seperti yang diketahui, produk utama dalam Herbalife yang paling penting untuk diambil ialah Formula 1. Walaupun dengan Formula 1 sahaja, seseorang boleh mendapat berat badan yang diinginkan,dan kesihatan terbaik. Hanya mengambil Formula 1 untuk sarapan pagi sahaja, dapat menjamin kesihatan sel badan dan mengelakkan penyakit berbahaya. Dengan tambahan produk Herbalife yang lain seperti serbuk protein Formula 3, teh hijau teamix, atau Aloe Vera Concentrate, result yang diinginkan akan dapat dicapai dengan lebih cepat.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba atau baru hendak memulakan langkah ke arah hidup yang sihat, antara salah satu pilihan yang perlu dibuat ialah pilihan perisa Formula 1. Di Malaysia, hanya terdapat lima jenis perisa sahaja iaitu Chocolate, Cappucino, Vanilla, Strawberry dan Tropical Fruits. Satu lagi perisa yang bakal memasuki pasaran Malaysia menjelang pertengahan tahun nanti ialah Triple Berry.

Oleh kerana aku selalu ditanya tentang apakah perbezaan antara perisa-perisa ini, dan perisa manakah yang paling sedap, rasanya eloklah kali ini kalau aku ceritakan lagi serba sedikit mengenai pilihan perisa yang disukai, dan pandangan aku mengenai semua perisa Formula 1, memandangkan aku pun dah pernah rasa dan ada semua perisa Formula 1 ini.

Perisa pertama, yang memang menjadi pilihan dan kegemaran aku sejak dari dahulu lagi ialah perisa Dutch Chocolate. Perisa ini juga merupakan perisa yang paling popular di kalangan pengguna produk Herbalife.

Sejak daripada aku mula menggunakan produk Herbalife, sehinggalah sekarang, perisa Formula 1 merupakan perisa yang paling digemari, dan yang paling dekat dihati. Aku sentiasa akan memastikan yang perisa Chocolate ini sentiasa berada dalam stok samada diambil begitu sahaja, dengan Formula 3, atau dicampur dengan perisa-perisa lain. Walaupun terdapat perisa lain yang mungkin menjadi pilihan, tetapi perisa Chocolate ni tetap menjadi pilihan no 1 dan sentiasa diingati.

Bagi sesiapa yang belum pernah merasa perisa Chocolate ini, bagi aku rasanya betul-betul seperti coklat yang pekat (maybe dark chocolate), dan ada yg kata macam Vico (aku tak sure sebab tak pernah minum Vico). Perisa ini tidak sama seperti Milo, kerana tidak mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti minuman itu. Chocolate sedap kalau diambil sendirian, lebih sedap dengan Formula 3 (rasanya akan menjadi seperti sedikit berlemak). Chocolate juga sedap kalau dicampur dengan perisa lain seperi Strawberry dan Tropical Fruit untuk rasa buah-buahan, dan perisa Vanilla untuk rasa chocolate yang lebih sedap. Untuk sesiapa yang suka rasa pahit seperti Mocha, bolehlah campur dengan Cappucino (not my choice).

Perisa seterusnya ialah Cappucino, iaitu antara perisa favourite di Malaysia juga. Tetapi aku kurang gemar mengambil Cappucino kerana rasanya agak pahit, sesuai dengan namanya iaitu kopi. Rasa pahit kopi dapat dikurangkan sedikit dengan Formula 3 dan juga F1 perisa Vanilla. Akan tetapi aku telah pun menemui campuran yang terbaik untuk aku ambil dengan Cappucino bagi mengurangkan rasa pahit itu iaitu dengan F1 perisa Strawberry. Memang sedap!

Perisa seterusnya yang aku suka ialah Tropical Fruit. Perisa ini sungguh wangi. Baunya ada yg kata seperti esen pisang. Bagi aku baunya memang fruity. Rasanya pun betul-betul seperti jus buah-buahan, minus rasa manis dan berlemak. Aku suka mengambil prisa Tropical Fruit ini sendirian dan juga dengan Formula 3. Bila dicamapur dengan Chocolate atau Strawberry juga akan menghasilkan perisa yang sedap, mengurangkan rasa buah yang kuat itu.

Perisa Strawberry merupakan perisa yang baru aku rasa, dan mulai disukai. Aku mula mengambil Strawberry dengan Tropical Fruit, dan juga Strawberry dengam Chocolate. Tetapi bila aku cuba Strawberry sahaja pun, rasanya not bad. Masih boleh diterima, tetapi jangan expect rasanya macam Strawberry Bliss Yogurt Drink tu. Tapi kalau dicampur dengan susu, anda mungkin boleh dapat rasa yg sedap lebih kurang mcm yogurt drink tersebut.

Perisa terakhir ialah Vanilla. Aku tak berminat untuk ambil perisa Vanila sendirian, kerana rasanya begitu plain, bak kata sesetengah orang macam Horlicks. Since aku tak suka Horlicks, so aku tak berminat untuk ambil perisa Vanilla F1 sahaja. Tetapi perisa ini lebih sebagai compliment kepada perisa-perisa lain, dan juga paling sesuai untuk dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti ekstrak jus untuk menjadikannya satu hidangan milk shake yang sangat enak.

Pilihan perisa adalah bergantung kepada diri anda masing-masing. Ada yang suka Chocolate, tak suka Cappucino. Ada yang hanya boleh ambil perisa Strawberry sahaja. Jadi, sekiranya anda baru hendak mencuba hidangan shake Herbalife yang sihat dan sedap ini, jangan jadikan pilihan perisa sebagai satu masalah atau halangan. Kemungkinan anda tidak suka dengan perisa yang anda baru cuba. Nasihat saya, berikan masa dan lama-lama anda akan jatuh cinta dengan shake ini. Atau terdapat 4 pilihan perisa lain yang akan dapat diterima oleh anda.

Ini kerana Herbalife telah memperkenalkan perisa-perisa di Malaysia berdasarkan kepada tekak orang Asia. Anda mesti percaya yang salah satu perisa memang sesuai dengan anda. Terpulang sama ada anda betul-betul ingin mencubanya.

Baru-baru ini juga aku sangat berbesar hati dan bangga kerana dapat membuatkan seorang kawan untuk mencuba dan terus mengambil produk ini. Kawan aku ni mengaku yang dia sangat cerewet dengan makanan yang masuk ke dalam mulutnya. Dan dia memang susah nak terima perisa-perisa baru dan dia juga tak suka minum minuman bersusu. Dia pernah mencuba perisa Cappucino tetapi dia terus mengatakan yang dia tidak akan lalu untuk mengambil produk Herbalife.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini dalam 2 minggu yang lalu, aku telah membancuhkan perisa Tropical Fruit untuk dia, dan minta dia untuk cuba rasa. Walaupun sukar pada permulaannya, tetapi dia cuba untuk rasa shake itu, dan akhirnya dia terus jatuh cinta dengan perisa Tropical Fruit ini. Sekarang ini dia telah mengambil shake Herbalife sekurang-kurangnya sekali sehari, dan berjaya menurunkan 900g dalam masa 7 hari. Aku sungguh gembira untuk dia.

Jadi, kepada sesiapa yang masih ragu-ragu sama ada mereka produk ini sesuai untuk mereka, atau sama ada mereka boleh telah atau tidak shake sihat ini, nasihat aku ialah, belum cuba belum tahu.

Lebih baik kita cuba makan makanan sihat ini daripada di masa akan datang kita terpaksa menelan berbiji-biji ubat hanya disebabkan kita telah terkena penyakit. Pada masa itu, suka atau tidak, kita terpaksa jugak menelannya.

Untuk mendapatkan shake yang sihat dan sedap ini, boleh hubungi saya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Home       Kenali saya       FAQs      Pengedar Herbalife Kuantan       Herbalife website