Sila klik di sini untuk post terkini

May 21, 2011

Bangkok Extravaganza 2011



Sudah sampai masanya untuk aku ceritakan serba sedikit mengenai event Extravanganza 2011 yang telah berlangsung di BITEC, Bangkok, Thailand pada 6 hingga 8 Mei yang lalu. Event ini merupakan satu event yang terbesar bagi Distributor Herbalife untuk negara-negara Asia Pacific iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Taiwan, Korea, India, Australia, New Zealand dan termasuk juga Canada. Kenapa aku katakan terbesar? Kerana pada event ini telah mengumpulkan seramai 23,000 orang! Perhimpunan paling ramai Pengedar Herbalife di dunia!

Saksikan suasana dalam dewan semasa Extravaganza tersebut:-




Jadu sudah semestinyalah Extravaganza ini telah memberikan satu pengalaman yang baru dan menarik kepada aku. Yang paling istimewanya ialah apabila suami tersayang sudi bersama-sama turut serta menyertai training yang dijalankan di sini. Aku sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran dia di sisi. Sesungguhnya event ini bukan sahaja telah menaikkan semangat aku, tetapi juga membuka mata dia untuk melihat sendiri betapa ramai pengguna dan pengedar Herbalife yang telah berjaya. Sememangnya perniagaan ini bukan suatu yang biasa, dan produk Herbalife juga tidak sama seperti produk-produk lain di pasaran.

Berikut ialah beberapa pengalaman/pengajaran yang telah aku perolehi daripada event tersebut:-
  1. Pengguna Herbalife datang daripada pelbagai latar belakang manusia, dan cara hidup yang berbeza-beza. Sama ada dari negara mewah atau negara miskin seperti India, terdapat ramai orang yang menggunakan produk Herbalife, dan menjalankan perniagaan ini. Ramai yang telah mendapat kejayaan yang besar dengan perniagaan Herbalife.

    Ini membuktikan bahawa produk ini sesuai untuk sesiapa sahaja, tidak kira agama, bangsa atau cara hidup. Yang penting cuma, seseorang itu sanggup untuk mengubah cara pemakanan mereka kepada yang lebih sihat, demi untuk mencapai berat badan unggul & kesihatan yang terbaik.

  2. Terdapat banyak cara untuk membancuh dan menyediakan shake, tak kira bila dan di mana sahaja kita berada. Aku lihat dengan mata aku sendiri bagaimana mereka bancuh shake dalam beg plastik, botol mineral, pelbagai jenis cawan/bekas/ botol. Kita boleh pilih mana sahaja cara mengikut kreativiti, yang penting untuk memastikan kita dapat menikmati shake dan mendapat khasiat dan tenaga daripadanya.

  3. Pengalaman mendengar sendiri pemenang Nobel Prize iaitu Dr Louis Ignarro, salah seorang panel Nutrisi Herbalife menerangkan kelebihan produk Herbalife daripada segi sains. Ini telah sedikit sebanyak menambahkan keyakinan padaku bahawa produk ini merupakan suatu produk yang berkualiti tinggi dan dijamin piawaiannya.

    Aku juga berpeluang mengikuti training mengenai produk Herbalife baru yang akan masuk ke Malaysia akhir Julai nanti. Sekurang-kurangnya apabila produk yang dinanti-nantikan ini dijual di Malaysia, aku akan dapat memberikan penerangan terbaik kepada ahli, seperti yang telah disampaikan oleh Dr Ignarro tersebut.

  4. Sesiapa sahaja boleh berjaya dalam perniagaan Herbalife. Selama ini aku selalu menggalakkan semua orang menggunakan produk untuk mendapat berat badan ideal dan mendapat kesihatan terbaik. Tetapi bukan sahaja itu, Herbalife juga memberikan peluang perniagaan yang cerah untuk sesiapa sahaja yang berminat, dan bersedia untuk berusaha ke arahnya.

    Oleh itu, mulai sekarang, kepada sesiapa sahaja yang betul-betul berminat membuat perniagaan Herbalife, boleh hubungi saya untuk mengetahui bagaimana bisnes Herbalife dapat membantu meningkatkan pendapatan anda. Tidak kiralah sama ada secara part-time atau full-time.
Ini sahajalah antara pengalaman yang dapat aku kongsikan di sini. Untuk betul-betul mengetahui pengalaman berada dalam event yang besar dalam Herbalife, seseorang itu perlu merasainya sendiri. Oleh itu, marilah bersama-sama turut serta menghadirkan diri dalam mana-mana event yang dianjurkan oleh Herbalife pada masa akan datang.

Banyak yang aku korbankan untuk berada di event Extravaganza ini. Banyak juga yang aku pertaruhkan selain daripada wang ringgit untuk berada di Bangkok pada masa ini. Walau bagaimana pun semuanya berbaloi dengan apa yang aku dapat daripada event ini. Event ini juga telah membuka mata dan memberikan peluang baru. Pengajaran yang paling penting aku perolehi ialah aku dapat melihat sesuatu yang baru dan lama dari perspektif yang berbeza.

Sesungguhnya kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan, dan usaha yang keras. Ini semua dibuktikan oleh Pengedar Herbalife yang telah berjaya. Oleh itu, semoga segala usaha & pengorbanan yang telah aku lakukan ini akan memberikan kejayaan yang cemerlang untuk masa depan. Amin.

p/s: Sekiranya anda berminat mengubah cara hidup anda atau menambah pendapatan dengan Herbalife, sila hubungi saya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Home       Kenali saya       FAQs      Pengedar Herbalife Kuantan       Herbalife website