Saya selalu terima soalan-soalan macam ni...
"Saya nak pergi bercuti...tapi macamana saya nak shake?"
"Saya balik kampung, ada kenduri. Macamana kalau saya tak sempat nak shake?"
"Cuti ni, saya akan berkumpul dengan keluarga dan kawan-kawan. Acara utama ialah makan-makan. Macamana dengan diet saya?"
Bagi mereka yang bertanyakan soalan-soalan ini, mereka memang betul-betul konsisten mengambil shake Herbalife untuk menguruskan berat badan. Mereka akan pastikan yang mereka ikut segala menu dan panduan yang diberikan, supaya akhirnya nanti mereka akan dapat kesan yang diinginkan. Saya betul-betul rasa bangga dengan usaha mereka dan disiplin serta mereka begitu komited dengan niat yang telah ditetapkan.
Walaupun hari cuti atau keraian, tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita menginggalkan diet, tetapi apabila seseorang itu telah faham sepenuhnya bagaimana cara untuk mengawal dan menurunkan berat badan, ianya tidak akan menjadi masalah. Lagipun, kita harus berasa selesa kerana kita sudah ada produk yang terbaik disisi, atau sebaik sahaja balik daripada cuti. Yang pentingnya ialah sebaik sahaja balik daripada cuti, kita haruslah kembali semula kepada rutin shake dan diet. Jangan berhenti terus, sudah!
Pada waktu cuti, cukup untuk kita ambil shake waktu breakfast sahaja. Ini dapat menjamin yang kita dapat mengawal berat badan kita untuk hari itu. Tetapi ada juga yang agak berat untuk mengambil shake, terutama jika tinggal di hotel, dan hotel memberikan sarapan pagi secara percuma! Jadi, jangan bazirkan duit yang anda bayar untuk makanan itu. Nasihat saya, makanlah. Kalau tak makan, rugi.
Akan tetapi, cubalah untuk mengawal pengambilan makanan anda. Makanan percuma tidak bermakna anda kena habiskan semua. Anda mungkin merasa puas setelah mencuba semua jenis makanan yang dihidangkan, tetapi anda mungkin akan berasa tidak selesa selepas itu. Jadi, berpada-padalah ye.
Sebagai manusia, kita semua bukanlah perfect. Oleh sebab itu, Tuhan kurniakan kita akal dan fikiran untuk kita tentukan yang mana baik dan buruk untuk kita. Jadi jangan risau sekiranya anda terpaksa atau ingin meninggalkan shake untuk beberapa ketika. Saya jamin, berat anda tidak akan terganggu sekiranya hanya beberapa hari sahaja anda tidak ambil shake.
Lagipun shake merupakan sejenis makanan, bukannya ubat. Masa bercuti, saya rasa, kita dibenarkan untuk makan sahaja apa kita mahu ikut selera, tanpa pedulikan khasiat/nutrien. Balik dari cuti, mulalah ambil semula shake Herbalife.Tak ada masalah.
Tapi nasihat saya ini untuk mereka yang jarang bercuti, maybe setahun sekali, 6 bulan sekali atau 3 bulan sekali. Tapi kalau tiap2 minggu anda pergi bercuti, and tiap2 minggu juga anda tak kawal makanan, sudah tentulah anda tubuh badan anda tidak akan mendapat kesihatan yang baik.
Saya yang baru balik dari bercuti pun macam tu juga. Saya cuba untuk shake sekurang-kurangnya sekali sehari supaya tubuh badan saya kekal sihat dan dapat menikmati cuti dengan sepuasnya. Kalau tak dapat untuk sarapan, maybe saya selitkan shake bila-bila masa yang boleh. Saya tetap boleh enjoy semua makanan saya bersama keluarga dan kawan-kawan semasa bercuti.
Cuma apa yang penting bagi saya ialah Aloe Vera Concentrate. Saya pastikan saya ambil setiap pagi bagi memastikan sistem penghadaman saya berfungsi dengan baik semasa saya cuti, supaya saya tidak mendapat kesan tidak baik daripada semua jenis makanan yang masuk dalam perut saya.
Saya juga akan stay up hingga lewat malam dan pagi, dan kemudiannya bangun awal untuk pergi berjalan-jalan. Jadi sudah tentu tidur tidak mencukupi. Kadang-kadang saya akan mula rasa pening kepala kerana waktu tidur tak menentu. Oleh itu, saya akan ambil Aloe Vera Concentrate untuk menenangkan badan dan terus sakit kepala pun hilang. Aloe Vera juga bagus diambil ketika rasa stress.
Saya jarang ambil teamix waktu berjalan-jalan kerana nanti saya asyik nak ke tandas pulak. Kalau dalam Malaysia tak apa, sebab tandas ada di mana-mana. Tapi kalau ke luar negara, ada juga tempat yang tidak menyediakan tandas untuk pengunjung. Memang akan menyusahkan pulak nanti.
Oh ya, kadang-kadang akibat terlalu risau untuk ke tandas, saya juga akan kurang minum air. Jadi, dengan pengambilan Aloe Vera Concentrate ini, dapat mengelakkan badan saya menghadapi masalah dehydration.
Memang banyak kebaikan produk ini. Sememangnya semua produk Herbalife mempunyai kebaikannya yang tersendiri. No wonder semakin ramai orang yang berminat untuk terus menggunakannya.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba, boleh email saya untuk maklumat lanjut.
Betapa sibukkah anda?
-
Salam untuk semua dan Salam Maulidur Rasul untuk yang beragama Islam.
Sudah lebih daripada sebulan tahun 2011 meninggalkan kita. Bagaimanakah
anda mengharu...
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment